Wednesday, April 20, 2011

Tembosa@karipap inti ikan

Resepi tembosa@karipap ikan untuk ciklinn.Tak perasan plak yang ciklinn suh tepek resepi samosa ikan ni. Harap-harap inilah resepi yang ciklinn nak tu. Ada satu lagi samosa ikan dia pakai kulit paff atau kulit popia yg bentuk segi tiga tu tapi kalau resepi Ganu mari samosa ikan mcm yang akak tunjuk ni lah.
Gambar cilok dr blog Kak Liza. Resepi ni akak baru mintak dgn mak akak, akak blom sempat buat lagi.)

Bahan Kulit Karipap :
3 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin dan 2 sudu minyak(dicairkan)
Sedikit air

Cara Membuat:
1.Marjerin dan minyak dicairkan dan dituang semasa masih panas ke atas tepung gandum.
2.Kemudian masukkan air.Uli hingga menjadi doh.

Bahan Inti Karipap:
1 biji kelapa (ambil santan pekat dalam 2 cawan)
1 kg ikan selayang/mackerel/kembung } rebus dan asingkan isinya
1 sudu kecil halba
6 ulas bawang merah } mayang halus
1 inci halia} mayang halus
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1. Kisar isi ikan dengan santan hingga halus (atau ikut citarasa jika tidak mahu halus)
2. Masukkan dalam kuali isi ikan dengan santan, kacau hingga hampir kering.
3. Masukkan halba, bawang merah, halia dan garam secukup rasa
4. Kacau lagi sehingga inti tersebut agak kering
5. Boleh lah diangkat dan sejukkan.
6. Ambil doh karipap canaikan dan letakkan doh dalam acuan karipap.Masukkan sesudu inti. Boleh juga dikelim tepi karipap dengan tangan. Goreng sehingga kekuningan.