Monday, May 13, 2013

Kerabu kaki ayam

Lamanya tak masukkan resepi kat sini. Hari ni nak kongsi resepi kerabu kaki ayam. Kali pertama buat dan makan kerabu ni memang tak mengecewakan. Biasanya kalau jumpa kaki ayam saya pandai buat sup jer, sekarang kerabu kaki ayam jadi salah satu menu pebret family saya.



Bahan-bahan
1/2kg kaki ayam
5batang serai *
2labu bawang besar *
5-10biji cili padi *
2kuntum bunga kantan *
3-5 biji limau nipis(Ikut darjah kemasamam yg disukai)
3biji tomato-potong dadu
garam dan gula

Kaki ayam direbus hingga betul-betul empuk. Basuh dan sejatkan.
Campurkan bahan bertanda * dengan gula dan garam.
Masukkan tomato, perahkan limau nipis.
Biarkan sekurang-kurangnya sejam supaya rasa masam, manis, pedas sebati dengan kaki ayam.

Nota kaki : Setiap kali memasak kaki ayam saya suka rebus dahulu dalam 10minit hingga keluar buih dan air kaki ayam yang kehitaman/kekuningan. Selepas dibasuh dan ditoskan barulah saya masak ikut selera .