Saturday, June 15, 2013

Kuetiau kungfu


Kuetiau kungfu antara menu kegemaran anak-anak bila makan diluar. Tapi kena pilih kedai jugak, sebab ada sesetengah kedai kuahnya pekat sampai tak tertelan. Dan saya sebagai ibu yang prihatin haha... sebarang makanan kegemaran anak-anak mesti saya cuba cari resepi dan buat. Rupanya tak susah buat kuetiau kungfu ni, resepi mudah dan bahan senang nak cari. Selamat mencuba.

Kuetiau kungfu ..

Bahan-bahan
1 mangkuk kecil kuetiau
1 biji telur 

1keping dada ayam (rebus dan ambil air rebusannya)
2 ulas bawang putih *ketuk
7 biji cili padi *siapa tak suka pedas, boleh kurangkan
1 sb sos tiram
1 sb sos lada hitam/ground black pepper
1 biji lobak merah *potong macam batang mancis
2 putik jagung muda *potong serong
3 tangkai sawi /kailan
1 biji tomato *potong 4- x bubuh 

2 pohon bunga kubis/
Udang saiz sederhana
Sedikit bancuhan tepung jagung (saya guna 1/2sudu teh)

Cara-cara
1. Pukul telur dalam mangkuk. Masukkan garam dan lada sulah.
2. Masukkan kuetiau ke dalam mangkuk telur. Kacau rata dan goreng seperti menggoreng telur mata kerbau. Dah siap, angkat masukkan ke dalam pinggan.
3. Untuk kuah, tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam, lobak merah dan air rebusan ayam.
4. Apabila mendidih, masukkan sos tiram dan sos lada hitam. Perasakan dengan garam. Masukkan tomato, jagung muda, udang dan cili padi.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung. Adjust kepekatan mengikut selera masing-masing.
6. Masukkan sawi dan kacau rata. Tuang ke dalam pinggan berisi kuetiau tadi

No comments:

Post a Comment

Post a Comment