Wednesday, November 13, 2013

Ikan Talapia masak 3 rasa

1ekor ikan talapia - lumur dengan garam dan tabur dengan tepung jagung-goreng

1labu bawang besar -potong dadu
3ulas bawang putih -potong dadu
1" halia - hiris memanjang

sos cili
sos tomato
sos tiram
sos ikan

tomato potong ikut suka
nanas potong dadu
cili padi -potong
daun saderi.



1-Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga kekuningan.
2. Masukkan segala sos ikut suka banyak mana. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat.
3.Masukkan garam dan gula jika perlu.
4.Akhir sekali masukkan tomato dan cili padi.
5. Tuang sos dalam pinggan ikan tadi dan tabur daun saderi.


 

Wednesday, October 23, 2013

Nasi Kerabu Siam

 





Nasi kerabu siam..beza dengan nasi kerabu kelantan, nasi ni tak ada sambal tumis bersantan tu.

Resepi Nasi
3 cup beras
2 batang serai diketuk
5 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit
3 helai daun pandan
Pewarna biru (Kalau ada bunga telang guna dalam 20kuntum)

-Nasi dimasak seperti biasa. Masukkan semua daun di atas dan pewarna biru(saya buh 2titik jer)

Resepi Sambal Nyor
1/2 biji kelapa parut-goreng kering
Garam & Gula secukup rasa

kelapa digoreng hingga kekuningan

Resepi sambal ikan
4 ekor ikan sardin/selayang(bakar kering ambil isi)
10 biji bawang merah
3 batang serai
1 s/k lada hitam
tumbuk semua bahan. Goreng sebentar.

sambal cili:
-5biji cili kecil merah + 10biji cili kecil hijau ikut pedas
-gula
-garam
-cuka
-mesin semua bahan diatas.

Ulam-ulaman
Daun selom, daun selasih, bunga kantan, kacang panjang, daun serai kayu(ada je blkg rmh tapi lupa nak bubuh), taugeh..(ulam ni ikut kegemaran masing-masing jer)

Budu
Budu+air+limau nipis-masak sekejap .

Solok Lado
8-10 biji cili hijau-belah buang biji & empulur. Rendam sebentar dengan air garam dan kapur.
5 ekor ikan selayang-ambil isi
5 biji bawang merah
garam & gula secukup rasa
Blend semua bahan masukkan ke dalam cili besar yang sudah dibelah.Kukus hingga masak.

bahan sampingan
Daging bakar, ikan celup tepung, telur masin, bawang putih jeruk atau tambahlah apa2 yang korang suka hehe..

Saturday, September 7, 2013

Apam tepung beras

 
1 cawan nasi sejuk
3/4cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast (mauripan)
pewarna
kelap[a parut + sedikir garam

1.Blend nasi , gula dan air. ketepikan.
2.Campurkan tepung gandum, tepung beras dan yis.
3.Masukkan nasi yang di blend tadi.
perap 3jam.

Selepas 3 jam bahagikan kepada warna-warna yang dikehendaki. 
Sapukan sedikit minyak pada acuan. Kukus 15minit.
Sedia dimakan bersama kelapa parut.

Saturday, June 15, 2013

Bawal emas masak stim




Menu sihat yang dah ramai orang tau, tapi saya nak juga kongsi kat sini mana tau ada yang baru belajar nak masak kan.

1 ekor ikan(500-700g) . Tak kisahlah ikan apa asal sesuai dimasak stim
3 batang serai - Saya ketuk aja sebab anak-anak tak suka kalau hiris berabuk.
halia sebesar ibu jari *
3ulas bawang putih *
5ulas bawang merah *
1-2keping asam gelugur
5biji cili padi *
3helai daun limau purut -racikkan
tomato
Daun saderi/sup
1/2-1 cawan air

- Ikan dibersihkan. Bahan bertanda * dimayang(hiris halus).
- Tabur separuh bahan yang dimayang  ke dalam periuk. Masukkan ikan.tabur bahan selebihnya.
- Masukkan bahan-bahan lain kecuali daun sup dan daun bawang.
- Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang.

# Saya masak dengan menggunakan periuk, sebab kat rumah takde pengukus. kalau kukus tak perlu masukkan air.

Kuetiau kungfu


Kuetiau kungfu antara menu kegemaran anak-anak bila makan diluar. Tapi kena pilih kedai jugak, sebab ada sesetengah kedai kuahnya pekat sampai tak tertelan. Dan saya sebagai ibu yang prihatin haha... sebarang makanan kegemaran anak-anak mesti saya cuba cari resepi dan buat. Rupanya tak susah buat kuetiau kungfu ni, resepi mudah dan bahan senang nak cari. Selamat mencuba.

Kuetiau kungfu ..

Bahan-bahan
1 mangkuk kecil kuetiau
1 biji telur 

1keping dada ayam (rebus dan ambil air rebusannya)
2 ulas bawang putih *ketuk
7 biji cili padi *siapa tak suka pedas, boleh kurangkan
1 sb sos tiram
1 sb sos lada hitam/ground black pepper
1 biji lobak merah *potong macam batang mancis
2 putik jagung muda *potong serong
3 tangkai sawi /kailan
1 biji tomato *potong 4- x bubuh 

2 pohon bunga kubis/
Udang saiz sederhana
Sedikit bancuhan tepung jagung (saya guna 1/2sudu teh)

Cara-cara
1. Pukul telur dalam mangkuk. Masukkan garam dan lada sulah.
2. Masukkan kuetiau ke dalam mangkuk telur. Kacau rata dan goreng seperti menggoreng telur mata kerbau. Dah siap, angkat masukkan ke dalam pinggan.
3. Untuk kuah, tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam, lobak merah dan air rebusan ayam.
4. Apabila mendidih, masukkan sos tiram dan sos lada hitam. Perasakan dengan garam. Masukkan tomato, jagung muda, udang dan cili padi.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung. Adjust kepekatan mengikut selera masing-masing.
6. Masukkan sawi dan kacau rata. Tuang ke dalam pinggan berisi kuetiau tadi

Monday, May 13, 2013

Kerabu kaki ayam

Lamanya tak masukkan resepi kat sini. Hari ni nak kongsi resepi kerabu kaki ayam. Kali pertama buat dan makan kerabu ni memang tak mengecewakan. Biasanya kalau jumpa kaki ayam saya pandai buat sup jer, sekarang kerabu kaki ayam jadi salah satu menu pebret family saya.



Bahan-bahan
1/2kg kaki ayam
5batang serai *
2labu bawang besar *
5-10biji cili padi *
2kuntum bunga kantan *
3-5 biji limau nipis(Ikut darjah kemasamam yg disukai)
3biji tomato-potong dadu
garam dan gula

Kaki ayam direbus hingga betul-betul empuk. Basuh dan sejatkan.
Campurkan bahan bertanda * dengan gula dan garam.
Masukkan tomato, perahkan limau nipis.
Biarkan sekurang-kurangnya sejam supaya rasa masam, manis, pedas sebati dengan kaki ayam.

Nota kaki : Setiap kali memasak kaki ayam saya suka rebus dahulu dalam 10minit hingga keluar buih dan air kaki ayam yang kehitaman/kekuningan. Selepas dibasuh dan ditoskan barulah saya masak ikut selera .


Wednesday, April 20, 2011

Tembosa@karipap inti ikan

Resepi tembosa@karipap ikan untuk ciklinn.Tak perasan plak yang ciklinn suh tepek resepi samosa ikan ni. Harap-harap inilah resepi yang ciklinn nak tu. Ada satu lagi samosa ikan dia pakai kulit paff atau kulit popia yg bentuk segi tiga tu tapi kalau resepi Ganu mari samosa ikan mcm yang akak tunjuk ni lah.
Gambar cilok dr blog Kak Liza. Resepi ni akak baru mintak dgn mak akak, akak blom sempat buat lagi.)

Bahan Kulit Karipap :
3 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin dan 2 sudu minyak(dicairkan)
Sedikit air

Cara Membuat:
1.Marjerin dan minyak dicairkan dan dituang semasa masih panas ke atas tepung gandum.
2.Kemudian masukkan air.Uli hingga menjadi doh.

Bahan Inti Karipap:
1 biji kelapa (ambil santan pekat dalam 2 cawan)
1 kg ikan selayang/mackerel/kembung } rebus dan asingkan isinya
1 sudu kecil halba
6 ulas bawang merah } mayang halus
1 inci halia} mayang halus
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1. Kisar isi ikan dengan santan hingga halus (atau ikut citarasa jika tidak mahu halus)
2. Masukkan dalam kuali isi ikan dengan santan, kacau hingga hampir kering.
3. Masukkan halba, bawang merah, halia dan garam secukup rasa
4. Kacau lagi sehingga inti tersebut agak kering
5. Boleh lah diangkat dan sejukkan.
6. Ambil doh karipap canaikan dan letakkan doh dalam acuan karipap.Masukkan sesudu inti. Boleh juga dikelim tepi karipap dengan tangan. Goreng sehingga kekuningan.