Wednesday, April 20, 2011

Tembosa@karipap inti ikan

Resepi tembosa@karipap ikan untuk ciklinn.Tak perasan plak yang ciklinn suh tepek resepi samosa ikan ni. Harap-harap inilah resepi yang ciklinn nak tu. Ada satu lagi samosa ikan dia pakai kulit paff atau kulit popia yg bentuk segi tiga tu tapi kalau resepi Ganu mari samosa ikan mcm yang akak tunjuk ni lah.
Gambar cilok dr blog Kak Liza. Resepi ni akak baru mintak dgn mak akak, akak blom sempat buat lagi.)

Bahan Kulit Karipap :
3 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin dan 2 sudu minyak(dicairkan)
Sedikit air

Cara Membuat:
1.Marjerin dan minyak dicairkan dan dituang semasa masih panas ke atas tepung gandum.
2.Kemudian masukkan air.Uli hingga menjadi doh.

Bahan Inti Karipap:
1 biji kelapa (ambil santan pekat dalam 2 cawan)
1 kg ikan selayang/mackerel/kembung } rebus dan asingkan isinya
1 sudu kecil halba
6 ulas bawang merah } mayang halus
1 inci halia} mayang halus
Garam secukup rasa

Cara Membuat:
1. Kisar isi ikan dengan santan hingga halus (atau ikut citarasa jika tidak mahu halus)
2. Masukkan dalam kuali isi ikan dengan santan, kacau hingga hampir kering.
3. Masukkan halba, bawang merah, halia dan garam secukup rasa
4. Kacau lagi sehingga inti tersebut agak kering
5. Boleh lah diangkat dan sejukkan.
6. Ambil doh karipap canaikan dan letakkan doh dalam acuan karipap.Masukkan sesudu inti. Boleh juga dikelim tepi karipap dengan tangan. Goreng sehingga kekuningan.
 

Sunday, February 27, 2011

Sambal Hitam/Sambal belimbing

Resepi ni saya dapat dari kawan tenet (Aiza) ingatkan resepi orang jawa upanya resepi dari Pahang.Orang Pahang belah Kuala Lipis, Temerloh mesti tau sambal ni.Tengok rupa mmg tak lalu tapi bila dah makan baru tau. Tak percaya cubalah.
 Ini gambar sambal belimbing versi saya
Ini gambar sambal hitam/belimbing yang ori. (gambar dari googles)
  • 15 biji belimbing buluh 
  • 10 ulas bawang merah 
  • 1 cawan ikan bilis 15-20 biji cili padi 
  • Minyak untuk menumis 
  • garam & gula

Cara-cara

1. Belimbing direbus hingga kekuningan . Resepi asal rebus belimbing 8 jam..or sehingga hitam.
2. Bawang merah, cili padi & ikan bilis ditumbuk
3. Tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi
4. Masukkan belimbing, garam & gula
5. Kacau biar mesra