Sunday, February 27, 2011

Sambal Hitam/Sambal belimbing

Resepi ni saya dapat dari kawan tenet (Aiza) ingatkan resepi orang jawa upanya resepi dari Pahang.Orang Pahang belah Kuala Lipis, Temerloh mesti tau sambal ni.Tengok rupa mmg tak lalu tapi bila dah makan baru tau. Tak percaya cubalah.
 Ini gambar sambal belimbing versi saya
Ini gambar sambal hitam/belimbing yang ori. (gambar dari googles)
  • 15 biji belimbing buluh 
  • 10 ulas bawang merah 
  • 1 cawan ikan bilis 15-20 biji cili padi 
  • Minyak untuk menumis 
  • garam & gula

Cara-cara

1. Belimbing direbus hingga kekuningan . Resepi asal rebus belimbing 8 jam..or sehingga hitam.
2. Bawang merah, cili padi & ikan bilis ditumbuk
3. Tumis bahan yang ditumbuk hingga wangi
4. Masukkan belimbing, garam & gula
5. Kacau biar mesra

11 comments:

  1. akak baru je buat aritu... memang sedapp!!

    ReplyDelete
  2. tie.. belimbing tu masa rebus kena guna api yg paling kecik! paling halus! lama2 dia akan tubik air dia sendiri. nak kena selalu kacau2 taknak bagi hangit. kalu kat kg.. org buat banyak2 dorang masak guna tin minyak masak tu.. sebab takut periuk jadi hitam kesan belimbing yg masak tu.. tapi tak tau ler guna dapur biasa ke atau guna dapur kayu.. tp kalau guna dapur kayu gamoknya adalah hangit sikit2 kot.. akak pun belum khatam betul lagi belajar ngan mertua aritu... akak masak tu belimbing tu dekat2 ngan sekilo gok.. lama masak makan berjam jugak nok buleh jadi warna coklat. kalau ikut asalnya nak kena sampai jdi itam.. tp tu boleh simpan lamalah.. selain boleh buat sambal hitam tu.. boleh masuk dlm kari, dlam masak lemak jugak org kata...

    ReplyDelete
  3. uih...tgk macam takde rupa,tapi sedap ker?belum pernah cuba lagi..belimbing buluh sllu buat msk lemak jer.kena try la nooo..

    ReplyDelete
  4. wah.. macam sedap je.... tapi saya xsuka masak.. suka makan je.. :)

    ReplyDelete
  5. tringat masa kt mtrik dulu...ade kawan org phang...bila dia blik kmpung..msti bawak smbal ni...sdap2..rndu kt kwn 2 sgt2..

    ReplyDelete
  6. wah agak menarik..
    nt nak try la huhu ;)

    ReplyDelete
  7. Patutlah saya yg org Jawa ni pun tak pernah makan lagi sambal ni. Resepi dari Pahang rupanya hehehe

    ReplyDelete
  8. tak pernah cuba dan x pernah jumpa lagi sambal belimbing hitam nih..

    nak kena try nnt nih!

    ReplyDelete
  9. Sedap gila sambal hitam ni. Makan pulak dgn nasi panas lps tu telur dadar. Mmg terangkat. Berpinggan pinggan tau tambah nasi. My fav dish :D

    ReplyDelete
  10. sambal belimbing ni rope mmg x seberape tapi rase diaaa perghhhhh...mmg sedap sangat..sambal ni pembuka selera, makan dgn nasi panas gitu2 je pon sedap

    ReplyDelete
  11. salam, kami ada menjual sambal belimbing ini,jika berminat, anda boleh order dengan kami.anda boleh lawat fb kami : https://www.facebook.com/profile.php?id=100004567245037 atau blog kami siblinghomemade.blogspot.com

    ReplyDelete